Thursday 12 December 2013

PROGRAM PERKASA MINDA

Assalamualaikum wrbt ..
Alhamdulillah, akhirnya hajat saya dan sahabat saya untuk buka pusat tuisyen tercapai walaupun baru sahaja kami berjinak-jinak .

Bermula dengan memperkenalkan pusat tuisyen kami yang tidak seberapa ini kami menyewa di MUMTAZ home tuition di No 67 Jalan TU26, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka .

Untuk itu kami membuat satu program cuti sekolah, iaitu " Program Perkasa Minda " .
Program ini di adakan selama 8 hari dengan tenaga pengajar dua orang guru dan seorang pembantu serta penyertaan pertama kami seramai 19 orang pelajar yang terdiri dari lingkungan umur 6 tahun hingga 14 tahun semuanya .

Dengan yuran penyertaan sebanyak RM150 dan pendaftaran sebanyak RM20 beserta makan dan minum bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang .

Semua pelajar di dedahkan dengan semangat kerjasama dan setia kawan sepanjang program di jalankan, kami juga melantik mentor untuk setiap kumpulan . Kami mengajar ilmu fardhu ain, solat, hafazan, pelajaran asas jawi dan bahasa arab untuk pendedahan awal pusat tuisyen kami .

Di sini kami sertakan gambar-gambar program kami untuk tatapan semua . Apa yang kami harapkan ialah semoga kami berjaya melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia dan akhirat . Doakan kejayaan kami :)

:: fail program ::

 : program di jalankan :

 : pelajar kami yang ceria dan bermacam ragam :



 : solat jangan lupa :



 : jom cantum perkataan JAWI :





 : kita tengok siapa yang kena :







 : lapar !! :



 : berdoa sebelum permainan di mulakan :












 : alpha juara :






 : juara kami alpha :



  : payphone :

Semoga mereka semua berjaya di dunia dan di akhirat .. Teruskan menyokong kami !! Tanpa anda, siapalah kami ..

0 comments:

Post a Comment

    Kata² Hikmah

    Burung

    Siang & Malam

    halwa telinga

    About

    PUSAT TUISYEN DHANIYAH
    NO 16 JALAN TU 31,
    TAMAN TASIK UTAMA,
    75450 AYER KEROH, MELAKA


    HUBUNGI KAMI :

    01126246167 (WHATSAPP SAHAJA)
    0129754565
    01136673451
Allah